Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang 
yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya 
apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita 
akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat 
pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. 
 
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang 
lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang 
pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan 
kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.
 
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh 
duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata 
apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan 
bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah 
dialami.
 
Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang 
telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan 
juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan 
sehinggalah 'ia' datang. 
 
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu 
kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! 
Jangan harapkan cinta sebagai balasan. 
Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi 
sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di 
dalam hati anda.
 
Ia cuma mengambil masa seminit 
untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk 
menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai 
seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup 
untuk melupakan seseorang. 
 
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi 
ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. 
Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum 
kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk 
mencerahkan hari yang suram.
 
Carilah yang membuatkan 
hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam 
kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang 
sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan 
memeluknya dengan sebenar.
 
Mimpilah apa yang ingin 
anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda 
tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya 
memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan 
semua perkara yang ingin anda lakukan. 
 
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk 
membuatkan diri anda menarik, 
percubaan yang cukup untuk  membuatkan anda kuat, 
kesedihan yang cukup untuk memastikan 
anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk 
membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda 
di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, 
fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. 
 
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam 
memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik 
dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. 
Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, 
mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka 
yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai 
kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. 
Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir 
dengan tangisan. 
 
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang 
lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan 
kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan 
kegagalan dan kekecewaan masa silam. 
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di 
sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya 
apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan 
orang sekeliling anda pula yang akan menangis.